Saturday, 6 April 2013

Deus In Adjutorium Meum Intende : Ya Allah, Datanglah Membantu Daku.

Versikel yang menjadi tajuk post ini diucapkan atau dinyanyikan semasa memulai Ibadat Harian (Liturgia Horarum).

Gereja di sepanjang zaman, telah terus menerus memohon rahmat dan perlindunganNya, melalui Ekaristi, doa dan devosi serta melalui perantaraan para Kudus.

Sememangnya, kesatuan kita dengan para penghuni syurga, yakni para Kudus ini tidak pernah putus dan menjadi sebahagian daripada pelukan iman orang Kristian (Katolik dan gereja-gereja lain yang mengucapkan syahadat Nicea-Konstantinopel).

Begitu juga saya. Setiap orang pasti ada para kudus "favourite" mereka sendiri, dan saya juga tidak berkecuali. 

Post ini saya akan tumpukan pada penerangan setiap para kudus yang saya pilih pada post pertama. 

Santa Teresa dari Anak Yesus.

Tarikh Peringatan: 1 Oktober. 
Penaung bagi: Penderita HIV/AIDS dan batuk kering, Pekebun bunga, Anak-anak yatim piatu

Dia adalah seorang religius sister yang melayani dalam kongregasi Karmel, yang mana kerohanian kongregasi ini sangat saya kagumi. Sifat "Anak Kecil" Santa Teresa dalam mencapai kesatuan dengan Yesus menyentuh hati ramai orang, dan kini ramai orang menjadikannya santa penaung bagi gereja, kumpulan dan idola rohani.

Santo Fransiskus dari Assisi.

Tarikh Peringatan: 4 Oktober
Penaung bagi: Negara Itali, Alam Sekitar, Haiwan

Bapa pendiri kongregasi Fransiskan ini menghidupi Injil dengan sepenuh-penuhnya, memiliki kerohanian yang unik dan penyayang pada semua makhluk dan ciptaan Tuhan. Dia adalah penaung para ahli ekologi dan saintis, dan sesuai dengan kedudukan saya sebagai pekerja dalam bidang sains, saya menjadikannya penaung dalam pekerjaan harian. 

Santo Benediktus dari Nursia

Tarikh Peringatan: 11 Julai
Penaung bagi: benua Eropah, Para Biarawan dan religius

Beliau adalah pendiri kebiaraan Barat, yang mana telah menggariskan tatacara asas kehidupan membiara bagi para biarawan dan biarawati. Kongregasi yang didirikannya, iaitu Benediktin, telah menjadi asas bagi perkembangan ilmu di Eropah serta Tradisi Gereja yang telah bertahan sepanjang zaman. 

Santo Francesco Possenti

Tarikh Peringatan: 28 Februari
Penaung bagi: Belia, Paderi, Seminarian, Pelajar 

Dia adalah penaung bagi para belia Katolik. Beliau menyertai kongregasi kepaderian Passionist dan mengambil nama Gabriel dari Bonda Berduka. Kisah hidup beliau sangat menyentuh hati saya secara peribadi, di mana, biarpun dia mengetahui bahawa dia akan mati oleh batuk kering (kerana pada masa itu, belum ada penawar baginya), dia tetap bersukacita dan terus-menerus hidup dalam kerohanian yang mendalam terhadap Tuhan dan Bonda Berduka. 

Santa Maria Goretti

Tarikh Peringatan: 6 Julai
Penaung bagi: Remaja perempuan, Mangsa jenayah, Belia

Dia adalah seorang syahid, yang mati dibunuh oleh seorang lelaki yang cuba mencabul kehormatannya. Dia berusia 12 tahun pada masa itu. Di saat kematiannya, dia mengampuni pembunuhnya dan berharap akan bertemu dengannya di syurga. Pembunuh tersebut dipenjarakan selama 30 tahun, dan selepas dia dibebaskan, dia memohon keampunan daripada ibu Maria Goretti dan akhirnya menyertai Fransiskan. 

Santa Maria Orang Mesir

Tarikh Peringatan: 3 April
Penaung bagi: Mereka yang berjuang melawan hawa nafsu dan keinginan daging.

Pada mulanya dia adalah seorang pelacur, yang mencari kepuasan nafsu semata-mata. Akan tetapi, selepas ziarah sucinya ke Kota Suci Yerusalem, hidupnya berubah. Dia ingin memasuki Gereja Makam Kudus, akan tetapi seolah-olah dihalang oleh sesuatu. Dia mengetahui bahawa kekotorannya membuatkannya tidak layak memasuki tempat suci tersebut dan memohon keampunan dari Tuhan. Dia memperolehnya, dan selepas itu mengambil keputusan untuk hidup sebagai pertapa di padang gurun.   

Santo Yosef

Tarikh Peringatan: 19 Mac
Penaung bagi: Gereja Katolik, Konsili Vatikan ke-2, Para bapa, Mereka yang menghadapi sakaratulmaut.

Beliau adalah suami kepada Perawan Maria, yang mana kisahnya menerima khabar gembira dari Malaikat Gabriel ada ditulis dalam Injil menurut Matius. Menurut tradisi lisan, beliau meninggal dunia dipangkuan Yesus dan menjadikannya juga dia sebagai penaung bagi orang yang menghadap sakaratulmaut. 




1 comment:

  1. Shalom bapak, ibu saudara/i di manapun berada. Apakah ada diantara bapak/ ibu/ saudara/i yang pernah mendengar tentang Shema Yisrael? Ini adalah kalimat pengakuan iman orang Yahudi yang biasa diucapkan pada setiap ibadah mereka baik itu di rumah ibadat atau sinagoga maupun di rumah. Yesus juga menggunakan Shema untuk menjawab pertanyaan dari seorang ahli Taurat mengenai hukum yang utama. Kita dapat baca di Ulangan 6 ayat 4 dan pernah juga dikutip oleh Yesus di dalam Injil Markus 12 : 29. Dengan mengucapkan Shema, orang Yahudi mengakui bahwa YHWH ( Adonai ) Elohim itu esa dan berdaulat dalam kehidupan mereka. Berikut teks Shema Yisrael tersebut dalam huruf Ibrani ( dibaca dari kanan ke kiri seperti huruf Arab ) beserta cara mengucapkannya ( tanpa bermaksud untuk mengabaikan atau menyangkal adanya Bapa, Roh Kudus dan Firman Elohim yaitu Yeshua haMashiakh/ ישוע המשיח, yang lebih dikenal oleh umat Kristiani di Indonesia sebagai Yesus Kristus ) berikut ini Teks Ibrani Ulangan 6 ayat 4 : ” שְׁמַ֖ע ( Shema ) יִשְׂרָאֵ֑ל ( Yisrael ) יְהוָ֥ה ( YHWH [ Adonai ] ) אֱלֹהֵ֖ינוּ ( Eloheinu ) יְהוָ֥ה ( YHWH [ Adonai ] ) אֶחָֽד ( ekhad ) ” Lalu berdasarkan halakha/ tradisi, diucapkan juga berkat: ” ברוך שם כבוד מלכותו, לעולם ועד ” ( ” barukh Shem kevod malkuto, le’olam va’ed ” ) yang artinya diberkatilah nama yang mulia kerajaanNya untuk selama-lamanya ” ). Apakah ada yang mempunyai pendapat lain?.
    🕎✡️🐟🤚🏻👁️📜🕯️🕍🤴🏻👑🇮🇱🗝️🛡️🗡️🏹⚖️⚓✝️🗺️🌫️☀️🌒⚡🌈🌌🔥💧🌊🌬️❄️🌱🌾🍇🍎🍏🌹🍷🥛🍯🐏🐑🐐🐂🐎🦌🐪🐫🦁🦅🕊️🐍₪

    ReplyDelete